Selamat Datang ke Laman Blog DE KIA'S ✌️

Wednesday 27 September 2017

Tutorial balut ketupat daun palas

Dalam minggu kedua kami ditugaskan untuk memasak masakan raya. Kumpulan kami ditugaskan untuk masak ketupat pulut atau dikenali sebagai ketupat daun palas. Ramai yang tak tahu cara membalut ketupat, jadi kami harap video ini bermanfaat kepada semua.


*maaf kerana saya selekeh sikit waktu tu hehehe -Hamdi

Tuesday 26 September 2017

Stuffed Canneloni with Mushroom Sauce

Masakan pada 26/9/2017

Stuffed Canneloni with Mushroom Sauce
Ini adalah resepi yang kami ikut

Proses memasukkan mushroom soup yang telah dicairkan bersama susu 

Ini setelah mushroom soup tadi ditutup dengan tiub canneloni dan ditabur mozzarella dan parmesan cheese
hehehe maaf yew harini tersilap pakai baju sebab ingatkan kelas jahitan

Sunday 24 September 2017

Kenali bahan dan rempah-ratus masakan

Kalau tak kenal bahan2 dan rempah ratus masakan macam mana nak masak kan?....jadi mari kenali bahan2 dan rempah ratus masakan agar lepas nih baca resepi tuh tahu lah benda apa tuh....


Bawang Merah/ Bawang Kecil

Bawang Besar



Bawang Putih



Kunyit Basah/ Kunyit Hidup




Halia


Lengkuas




Jintan Manis/ Jintan Besar





Jintan Putih/ Jintan Kecil




Kulit Kayu Manis




Bunga Lawang




Bunga Cengkih




Buah Pelaga

Halba
Fenugreek


Halba Campur
(Halba, Halba Putih, Jintan Manis, Jintan Putih)







Biji Ketumbar





Biji Sawi




Lada Hitam


Buah Keras



Daun Pandan


Serai



Daun Selasih



Daun Kari

POTONGAN

CARA MEMOTONG SAYUR

Terdapat beberapa teknik potongan sayur iaitu: 
  1. The Julienne Cut.
  2. Squared-Off Carrot Segments.
  3. The Brunoise or Fine Dice.
  4. The Batonnet Cut.
  5. A Large Dice Cut.
  6. A Paysanne Cut.
  7. The Chiffonade Method.




Kebanyakkan masakan melayu menggunakan bawang kan? jadi mari belajar potongan bawang dan teknik yang betul...tak boring ke asyik potongan yang sama jaa...



CARA MEMOTONG AYAM

Mesti anda hairan kan, kenapa perlu belajar cara nak potongan ayam?, kan boleh aje suruh tukang jual tu potongkan...Dan saya pula mnjawab x rugi pon lah tuan2, inikan ilmu...mana nak tahu satu hari nanti anak-anak tuan2 dan puan2 tersilap beli ayam yang belum yang dipotong hahaha....dan inilah jawapannya:



*Gambar adalah dari sumber Google dan video dari sumber Youtube

KESELAMATAN DI KEBUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca. untuk post kali ini saya akan berkongsi tentang keselamatan. sebelum kita melakukan sesuatu pasti akan ada etika dan aspek keselamatannya kan ? samalah juge apabila kite hendak mula berkebun, kenelah tahu dulu etika keselamatannya supaya takde perkare yang tidak diingini berlaku. :)

aspek pertame ialah...

1) pemakaian

sebelum nk masuk kebun tu kenalah pakai pakaian yang sesuai. janganlah pakai baju macam nk pergi mall pulak kang tak pasal-pasal habis kotor baju. pastikan pakaian yang dipakai selesa barulah kerja-kerja berkebun smooth and steady je bak kate mat salleh hihi. jangan lupa pakai sarung tangan dan kasut yang bersesuaian. pakai topi kebun juga kalau taknak muka burnt lah .



aspek kedua ialah..

2) keselamatan am

apa tu keselamatan am ? keselamatan am ni meliputi lah penjagaan kebun tu. pastikan kebun sentiasa dalam keadaan bersih. rajin-rajinlah bertanya kepada pakar jika terdapat masalah sewaktu berkebun ye !

aspek terakhir ialah


3) keselamatan peralatan

peralatan adalah perkara paling penting dalam berkebun. kebanyakkan peralatan berkebun ni tajam-tajam tau contohnya seperti cangkul, sudip tangan, tajak, serampang tangan dan banyak lagi. ketahui dulu cara penggunaan dan simpan di tempat yang selamat setelah selesai gune.

contoh-contoh peralatan di kebun
sumber : google


ok bile dah tahu keselamatan berkebun, jomlah mula menanam ! go green !


PEMBINAAN GEOMETRI SATAH

       Hai awok-awok semuo.! Jom kita kenali pulok asas dalam lukisan ini iaitu lukisan kejuruteraan. Ianya dibahagikan kepada beberapa kategori. Ok ! Dalam menghasilkan ssebuah lukisan , seorang pelukis perlulah memahami kaedah-kaedah pembinaan geometri satah.

                                 (a) Membahagikan satu garisan kepada dua bahgian yang sama






(b) Membahagikan garisan AB kepada lima bahagian yang sama

                                      
                                       


                                              

(c) Melukis garisan serenjang


                                                


                                               (d) Menghasilkan sudut kepada dua bahagian yang sama

              

(e) Membina sudut 60 darjah


                                             











                                               

Friday 22 September 2017

PANDUAN MEMILIH STAIL PAKAIAN INDIVIDU

     Untuk pengetahuan semua, apabila seseorang individu itu hendak menyediakan pakaian yang sesuai dengan stail, perkara yang perlu dititikberatkan ialah garisan dan cantuman, ketebalan, warna dan corak fabrik, garis leher, lengan, kesesuaian stail fabrik dan bentuk badan.


BENTUK BADAN

I. TINGGI DAN GEMPAL



- Garisan & cantuman yang sesuai untuk individu tinggi dan gempal ialah garis puteri, garis bentuk A dan garisan lurus tegak.

- Fabrik yang sesuai ilah nipis, lembut sederhana, tebal dan lembut.

- Warna yang sesuai ialah lembut atau gelap

- Corak yang sesuai ialah tegak dan bersaiz sederhana

- Garis leher yang sesuai ialah berbentuk 'V' , 'U' dan segiempat

- Lengan yang sesuai ialah padanan rata & reglan

- Tambahan yang sesuai diletakkan ialah kocek sisi, kolar/lepel saiz kecil, kolar simpul hias, kolar 'shawl'

- Tambahan yang tidak sesuai ialah ropol, kedut, dan lisu, garis melintang


II. TINGGI DAN LANGSING


- Garisan & cantuman yang sesuai untuk individu tinggi dan langsing ialah garis empayar dan bahu mendatang.

- Fabrik yang sesuai ialah sederhana dan tebal

- Warna yang sesuai ialah terang dan cerah

- Corak yang sesuai ialah melintang, tabur, dan sebar saiz besar

- Garis leher yang sesuai ialah berbentuk bulat dan berkolar

- Lengan yang sesuai ialah gelembung, bisyop, kaki kambing, kimono, Magyar

- Stail tambahan yang sesuai ialah kocek sisi dan tampal, skirt berpesak, bekedut, berlisu dan kembang, berkolar

- Stail tambhan yang tidak sesuai ialah garis leher yang luas


III. Rendah dan gempal

- Garisan dan cantuman bagi individu rendah dan gempal ialah garis empayar dan garis 'V' di bahagian badan

- Fabrik yang sesuai ialah sederhana, nipis dan lembut

- Warna yang sesuai ialah lembut dan gelap

- Corak yang sesuai ialah tabur saiz kecil, tegak dan serong

- Garis leher yang sesuai ialah berbentuk 'V', segiempat dan sampan, belah slit berlapik

- Lengan yang sesuai ialah padanan rata dan reglan

- Stail tambahan yang sesuai ialah kocek sisi

- Stail tambahan yang tidak sesuai ialah kolar dan ropol, skirt berkedut dan berlisu


IV. RENDAH DAN KURUS

- Garisan dan cantuman yang sesuai untuk rendah dan kurus ialah garis empayar, kombinasi garisan tegak dan melintang, garis bentuk A dan pesak

- Fabrik yang sesuai ialah sederhana, tebal

- warna yang sesuai ialah cerah dan terang

- Corak yang sesuai ialah kombinasi tegak dan melintang, tabur saiz besar

- Garis leher yang sesuai ialah berbentuk 'U' dan sampan

- Lengan yang sesuai ialah panjang, kaki kambing, gelembung dan bishop

- Stail tambahan yang sesuai ialah kocek tampal, ropol atau kedut lisu, pakaian stail kembung

- Stail tambahan yang tidak sesuai ialah pakaian sama sendat, lengan padanan rata, fabrik yang memeri, garis tegak dan jalur kecil atau halus


     Kesimpulannya, lepas ni korang semua dah tahu la kan stail mana satu yang paling sesuai untuk korang kelihatan cantik. Tak kisah lah.. korang gempal ke kurus ke, dengan adanya tips2 pemilihan pakaian ni akan membantu korang berfesyen macam model-model dalam tv tu hihi.. yang penting pakaian yang dipakai selesa dan menawan.

Tutorial balut ketupat daun palas