Dalam mempelajari subjek ini, lukisan juga merupakan elemen yang penting. Hal ini kerana, dalam kos Reka Bentuk dan Teknologi, terdapat juga subjek lukisan yang dikenali sebagai Lukisan Kejuruteraan. Sebelum itu, jom kita kenali alat-alat dalam aktiviti melukis ini. Chaiyook!
Ini adalah dinamakan sebagai JANGKA LUKIS. Ia adalah sangat penting kerana alatan ini akan memudahkan para pelajar untuk melukis terutamanya dalam bentuk bulatan.
Alatan ini dinamakan sebagai Sesiku T dan ia penting dalam membuat garisan.
Ini adalah PAPAN LUKISAN. Ia digunakan untuk melapik kertas agar dapat menghasilkan lukisan yang cantik.
Alatan ini ialah SET SQUARE. Ia disediakan dengan pelbagai sudut. Antaranya ialah sudut 30, sudut 45, sudut 60 dan juga sudut 90.
Ini pula ialah PEMBARIS CURVE. Pembaris ini digunakan untuk membuat garisan lengkung yang cantik.
Dalam menghasilkan lukisan yang cantik, kemasan juga penting. Pensil ini sangat sesuai untuk lukisan kerana ianya menggunakan mata pensil yang bersaiz 0.3 mm.
|
No comments:
Post a Comment