Terdapat pelbagai kaedah memasak yang boleh digunakan dalam penyediaan sajian . Sajian dapat dihasilkan dengan lebih cepat,
menarik, dan mempunyai kepelbagaian dari segi warna, tekstur, rupa, dan rasa.
Penyediaan makanan menjadi bertambah mudah dan efisien dengan penggunaan pelbagai
jenis alat penjimat masa.
Tujuan Memasak
Tujuan makanan
dimasak adalah supaya makanan itu selamat dimakan, memudahkan pencernaan,
membaiki rupa dan tekstur makanan, lebih menarik dan menyelerakan,
mempelbagaikan masakan, dan menambahkan perisa makanan.
a) Keselamatan
Haba panas semasa
memasak akan membunuh mikroorganisma yang terkandung dalam makanan. Ini dapat
mengelakkan makanan daripada cepat rosak. Toksin asli dalam makanan seperti
kacang panggang akan dapat dimusnahkan.
b) Memudahkan Pencernaan
Makanan dapat dilembutkan
selepas dimasak. Ini menjadikan makanan itu lebih mudah dikunyah dan
dicernakan. Contohnya daging, ubi kentang, telur, dan sayur berdaun hijau.
c) Membaiki rupa
dan tekstur makanan
Makanan menjadi
lebih menyelerakan dari segi rupa dan tekstur jika dimasak dengan kaedah yang
sesuai. Contohnya ikan bilis yang digoreng sehingga garing dan wangi atau
ditumis dengan sambal.
d) Mempelbagaikan
masakan
Masakan boleh
dimasak dengan pelbagai cara untuk menghasilkan masakan yang pelbagai, menarik,
dan menyelerakan. Contohnya ubi kentang boleh digoreng, direbus, dipanggang,
dan dijadikan krim. Selain itu, daging juga boleh dipanggang, digril, digoreng,
dan direbus.
e) Menambahkan rasa
makanan
Masakan yang
dimasak akan bertindak balas dengan haba dan menghasilkan bau dan rasa yang
sedap apabila perisa ditambah. Contohnya daging yang diperap dengan pelbagai
perisa akan lebih sedap.
No comments:
Post a Comment