Selamat Datang ke Laman Blog DE KIA'S ✌️

Wednesday, 13 September 2017

JENIS-JENIS SULAMAN


JENIS-JENIS SULAMAN


     As salamualaikum gaiss.. hari ni kita akan menambahkan ilmu pengetahuan sedikit sebanyak tentang jenis-jenis sulaman. haaa.. mesti korang semua belum tahu kan sulaman ni ada berapa jenis, ok meh sini kita kongsikan sama-sama apa yang kitorang belajar semasa kelas jahitan hari ni.

     Sebelum tu, korang dah tahu ke apa maksud sulaman ni ?? hmm.. jangan risau, kitorang akan terangkan terlebih dahulu apa maknanya sulaman. Ini untuk memudahkan korang supaya memahami lebih mendalam mengenai topik kita pada hari ini.

OK LET'S START !!!

     Sulaman merupakan kombinasi benang dan kain serta keindahan idea menghasilkan berbagai macam bentuk keindahan-keindahan baru yang sangat mengagumkan untuk dilihat. Secara umumnya, sulam adalah kegiatan menghias di atas kain atau bahan sejenisnya yang menggunakan jarum dan benang. Selain daripada menggunakan benang, hiasan-hiasan yang dilakukan juga dapat menggunakan bahan-bahan tambahan seperti logam, manik-manik, payet, mutiara, dll. Ok.. untuk nak bagi korang lebih nampak dan jelas lagi.. di bawah ini adalah gambar sebagai contoh-contoh sulaman.




     gaisss.. alang-alang menyeluk pekasam biar lah sampai ke pangkal lengan yaa, jom kita sama-sama ambil tahu tentang sejarah ringkas mengenai sulam nak ?


SEJARAH RINGKAS MENGENAI SULAM.

     Kalau korang nak tahu, menyulam telah dikenal sejak dahulu kala yang konon khabarnya pertama kali ditemukan di Mesir.. penemuan ini dibuktikan dengan ditemukannya peninggalan-peninggalan berbentuk sulaman dengan bahan tumbuh-tumbuhan yang disulam di atas kulit binatang. Selain daripada itu, banyak budaya-budaya tradisional yang menggunakan kain-kain sulam sebagai bagian dari budayanya dari budayanya menjadi bukti bahawa seni hiasan ini telah terkenal sejak dahulu lagi. Akhirnya, berkembang hingga saat ini dengan berbagai macam jenis serta bahan yang digunakan pun semakin beraneka ragam.

JENIS-JENIS SULAMAN

     Ok semua.. berbalik pada topik kita yang asal.. sulaman berdasarkan bahan utana yang digunakan terbahagi menjadi 3 macam diantaranya ialah :

SULAMAN BENANG



     Sulaman benang ialah jenis seni menghias kain dengan menggunakan bahan utama benang yang dilakukan secara dikoratif menggunakan berbagai macam teknik tusukan sehingga membentuk suatu pola atau design yang diinginkan. Sulam benang juga banyak dipakai sebagai hiasan jilbab, pakaian, tas, dll.


SULAMAN PITA



     Sulaman pita ialah sulaman yang menggunakan pita sebagai bahan utama dengan berbagai variasi dan ukuran. Kelebihan khusus dari sulaman pita ini adalah dengan dapat memberikan efek 3 dimensi. ini kerana, ukuran pita cenderung lebih besar dari benang. Bahan pita yang digunakan mempunyai memiliki ukuran yang beragam, jenis ini akhirnya dapat menghasilkan berbagai jenis variasi hiasan yang lebih kreatif.

Berikut merupakan ciri-ciri sulam pita :

- Menggunakan pita sebagai bahan utama
- Menghasilkan efek-efek 3 dimensi disebabkan ukuran pita yang lebih besar
- Hasilnya lebih variatif kerana bahan pitanya lebih beragam

Pada dasarnya, terdapat dua jenis sulaman pita yang boleh digunakan iaitu jenis eropa dan jepang.

a. Pita Jepang

     Teknik sulaman jepang tidaklah banyak beza dengan dengan teknik yang lain. Perbezaanya hanya terletak pada bahan yang digunakan. Banyak teknik-teknik sulaman pada sulaman benang yang boleh diaplikasikan pada teknik sulaman jepang begitu pula sebaliknya. Pita yang umum digunakan ialah pita satin. Sulaman pita jepang adalah banyak diaplikasikan di baju, tempat tissu, dll.

b. Pita Eropa

     Berbeza dengan sulaman pita jepang, aplikasi sulaman pita eropa dilakukan dengan merangkai pita terlebih dahulu menjadi suatu bentuk kemudian dilekatkan pada kain. Setelah dilekatkan, kemudian barulah dijahit. Jenis pita yang dugunakan ialah pita organdi.


SULAMAN PAYET



     Sulaman payet adalah bentuk lain dari seni hias kain ini yang menggunakan bahan dasar payet atau manik-manik sebagai pembentuknya. Teknik sulaman payet berbeza dengan teknik sulaman benang pita. Penggunaan jarum untuk sulaman payet juga berbeza dengan jarum yang digunakan untuk sulaman pita.






     Ok semua.. rasanya sampai sini saje penerangan tentang jenis-jenis sulaman. Hari ni kita dapat 3 perkara iaitu jenis sulaman yang sebelum ni kita tak tahu pun apa nama dan fungsinya sehingga lah kita tahu sedikit sebanyak. Diharapkan ilmu yang tidak seberapa ini dapat kita kongsikan bersama.

2 comments:

  1. ni apa benda ni? apa tu yg ! tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku x tau lah
      macam haker ajeee
      hehe

      Delete

Tutorial balut ketupat daun palas