Selamat Datang ke Laman Blog DE KIA'S ✌️

Monday, 18 September 2017

PROSES MENANAM POKOK

ok. untuk post kali ini saya akan kongsikan pengalaman kami dalam menanam pokok yang merupakan kerja kursus kami bagi semestar ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya buah-buahan dan sayur-sayuran yang enak dihasilkan. Sebenarnya banyak proses yang harus dijalani sebelum sesesuatu hasil itu dipasarkan di pasaran.

ini merupakan gambar ahli kelas kami sewaktu pertama kali turun ke kebun  untuk membuat batas


proses pertama dalam berkebun ialah...

1) membuat batas

batas merupakan keperluan dalam kerja-kerja awal proses penyediaan tanah sebelum kerja menanam. membuat batas tanaman merupakan aktiviti menaikkan atau meninggikan tanah untuk menanam pokok di atas yang bertujuan bagi mengelakkan air bertakung, menambahkan kesuburan tanah dengan meningkatkan perudaraan tanah, dapat memudahkan kawalan rumpai, aktiviti penyiraman dan juga untuk aktiviti kawalan penyakit.

membuat batas tanaman memerlukan perancangan yang rapi sebelum kita mulakan pembuatannya. kita perlu membuat siasatan mengenai jenis tanah, topografi dan kecerunan tanah. seterusnya kenalpasti jenis tanaman yang ingin ditanam.

bagi kerja kursus kami, kumpulan saya telah bersepakat untuk menanam bendi. saiz batas kami selebar antara 100 cm dan setinggi antara 10-15 cm. panjang batas mestilah mengikut kesesuaian tanah dan bilangan pokok yang ingin ditanam.

berikut merupakan gambar saya membuat batas :)



kami mengalami beberapa kesukaran ketika membuat batas memandangkan pada hari sebelumnya, hujan yang lebat membuatkan tanah menjadi lembab dan beberapa kawasan mempunyai air yang bertakung. namun, kami dapat mengatasi masalah tersebut dengan mencari tanah lain yang lebih sesuai dan beralih kawasan membuat batas ke tanah yang lebih tinggi dan selamat. proses membuat batas amat memenatkan tetapi dengan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli, kami dapat menyiapkan batas dalam waktu yang ditetapkan.

setelah batas dinaikkan, segala akar rumput dan batu-batu kecil mestilah dibuang bagi memastikan pokok dapat tumbuh tanpa sebarang gangguan.



No comments:

Post a Comment

Tutorial balut ketupat daun palas