Selamat Datang ke Laman Blog DE KIA'S ✌️

Sunday, 10 September 2017

MATA JAHITAN ASAS

Mata jahitan asas boleh dibahagikan kepada

  • jahitan sementara
  • jahitan penyambung
  • jahitan pengemas
  • jahitan sulaman    
a) Jahitan sementara

jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur yang digunakan untuk
  • memindahkan garisan-garisan pola kain
  • menanda kedudukan sesuatu bahagian (kocek,lisu, dan sebagainya)
  • menetapkan kedudukan kelepet, kelim, kocek buat sementara
contoh

  1. jelujur tanda
  2. jelujur kasar atau sama
  3. jelujur tak sama atau lurus (straight tacking)
  4. jelujur panjang pendek
  5. jelujur tegak atau serong
b)Jahitan penyambung

jahitan tetap dan mesti dijahit dengan kukuh. digunakan untuk menyambung bersama dua atau lebih kepingan kain dan warna benang yang digunakan mesti padan dengan warna kain. jahitan penyambung terdiri daripada

  • jahit mesin
  • jelujur halus
  • jahit kia
  • jahit lilit ubi
c) Jahitan pengemas

jahitan kekal dan digunakan untuk mengekalkan kelepet, lipatan atau mengemaskan tepi kain. terdiri daripada

  • jahit lilit kemas
  • jahit insang pari
  • jahit silang pangkah
  • jahit sembat
  • jahit sembat susup
  • jahit lubang butang
d) Jahitan sulaman

digunakan untuk jahitan biasa ataupun untuk menghias pakaian, barang-barang peribadi dan kain kelengkapan rumahtangga. beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan untuk memberi rupa dan kesan motif dan diubah mengikut saiz motif yang dijahit.
Antara contoh jahitan sulaman yang mudah


  • jelujur halus
  • julujur halus berlilit
  • jahit kia
  • jahit kia berlilit
  • jahit batang berlilit
  • jahit lulus
  • jahit insang pari
  • jahit rantai
  • jahit bunga padi
  • jahit kuku kambing

No comments:

Post a Comment

Tutorial balut ketupat daun palas