Selamat Datang ke Laman Blog DE KIA'S ✌️

Monday 18 September 2017

PERTANIAN DAN KOMUNITI

sebelum kita menyelam lebih jauh dalam bidang pertanian ini, tak salah rasanya untuk kita ketahui serba sedikit tentang sejarah pertanian di Malaysia kan  ?

sebelum tu... mari saya kongsikan video mengenai  pertanian di Malaysia :)


sumber : youtube



       pertanian adalah antara sektor penjanaan ekonomi tertua dan terpenting sehinggan ke hari ini. malaysia juga tidak ketinggalan dalam transformasi sektor berdaya maju ini dan merupakan negara pertanian utama di rantau ini pada suatu ketika dahulu.

      Sekitar tahun 1820an, Semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan kelautan. Dalam bahagian pertanian, yang terdiri daripada negeri Kedah, Perak, Patani dan Terengganu, terdapat penduduk yang bergantung tetap pada pertanian. Di samping pertanian, mereka turut terlibat di dalam bidang perikanan dan perdagangan. Kedatangan Inggeris telah mewujudkan ekonomi penjajahan di Tanah Melayu.


Pada abad ke-19, kegiatan utama masyarakat Melayu ialah pertanian yang diusahakan dalam dua bentuk tanaman iaitu huma dan sawah. Tanaman huma melibatkan pembersihan hutan untuk satu atau dua musim tanaman; kemudiannya ditinggalkan menjadi hutan semula. Tanaman sawah atau bendang pula melibatkan tanaman padi dan sayur-sayuran serta pokok buah-buahan di kawasan tanah yang berhampiran.

Delta besar dan subur di Kedah mempunyai sejarah awal petempatan petani yang berasaskan tanaman sawah. Keperluan petani adalah sederhana dan mereka menitikberatkan keperluan asas. Ekonomi masyarakat ketika itu adalah berasaskan sara diri. Kegiatan asas pertanian adalah tanaman padi. Tidak semua negeri menghasilkan lebihan. Hanya kawasan lembah yang subur berupaya mengeksport beras ke negara jiran.



Melihat kepada sejarah awal transformasi pertanian di negara kita maka dapatlah difahami bahawa sektor ini bukanlah baru malahan merupakan sumber ekonomi utama masyarakat dahulu dan sekarang. Pertanian akan kekal menjadi nadi penggerak kepada negara dan usaha kerajaan untuk menjadikan sektor ini sebagai perniagaan yang amat menguntungkan perlu mendapat kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak.

sumber : google


ok. sekarang dah tahu tentang sejarah pertanian di malaysia kan ? jom mula berkebun ! 

No comments:

Post a Comment

Tutorial balut ketupat daun palas