Selamat Datang ke Laman Blog DE KIA'S ✌️

Wednesday, 20 September 2017

PROSES MENANAM POKOK (part 3)

setelah selesai proses menabur baja organik, sekarang bolehlah kite mulakan proses..

3) sungkupan

sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. lapisann sungkupan mestilah tidak terlalu tebal kerana ia akan menghalang anak pokok dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.

kepentingan sungkupan bertujuan untuk mengurangkan suhu tanah, menjaga tanah supaya tidak lembab, mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat , mengelakkan tumbesaran rumpai, mengelakkan hujan dari menghakis tanah dan menghanyutkan biji benih @ anak benih dan bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.

bagi kumpulan kami, kami menggunakan plastik hitam sebagai bahan sungkupan oleh kerana ciri-ciri nya memenuhi syarat untuk bahan sungkupan.

4) membuat lubang


setelah sungkupan dibuat, kita hendaklah membuat lubang seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas supaya biji benih dapat diisi kedalam lubang. 

5) memindahkan anak pokok


anak benih yang telah ditanam pada bekas telur seperti yang ditunjukkan dalam gambar boleh la dialihkan ke dalam lubang yang telah dibuat pada sungkupan tersebut.


                                  

video menunjukkan cara mengalihkan anak pokok ke atas batas .

setelah itu, kite mestilah sentiasa melakukan penjagaan rapi. penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh anak pokok. di samping itu, air juga diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegaran sel-sel tumbuhan. 

6) membuat atap jaring



seterusnya, proses membuat atap pada atap boleh dilakukan yang bertujuan untuk mengelakkan anak pokok mendapat sinaran terus dari cahaya matahari dan hujan.

No comments:

Post a Comment

Tutorial balut ketupat daun palas